Main Article Content

Abstract

Hasan al-Banna merupakan seorang insan yang memiliki kekuatan untuk membawa obor-obor Islam tulen dengan pelbagai wasilah, uslub dan gaya persembahan untuk menangani fenomena melalui karyanya bagi misi menyelamatkan umat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis Wasail al-Tarbiyah dalam kitab Majmu’at al-Rasail yang merupakan karyanya yang agung. Beliau telah mempersembahkan kepada umat ini wasilah dakwah berbentuk tarbiyah dalam kitab agungnya itu yang terhimpun di dalamnya pelbagai khazanah pembangunan insan yang menjadi pegangan umat sampai ke hari ini agar terselamat dari tipu daya musuh Islam. Metodologi kajian ini adalah kajian kepustakaan iaitu dengan menggunakan kaedah mengumpul dan mendapatkan data serta kaedah analisis data melalui sumber primer dan sekunder yang menyokong secara padu. Hasil dapatan kajian adalah berpaksikan kepada konsep pembangunan insan menurut Islam yang terdapat pada hadith-hadith Rasulullah s.a.w., karya sarjana Islam terdahulu daripada Hasan al-Banna seperti Imam al-Ghazali, Ibn Qaiyim al-Jauziyyah dan Syeikh Muhammad Abduh yang telah merintis jalan pembangunan insan sekali gus merupakan inspirasi ke arah itu. Justeru, hasil kajian ini adalah diharapkan dapat menampung keperluan semasa yang membabitkan persoalan yang telah dilontarkan pada ketika umat ini berada dalam dilema akibat kurang menggarap ilmu-ilmu agama yang menyebabkan mereka terombang-ambing dalam dunia yang serba moden dan maju yang melampau.

Keywords

Pembangunan Insan, Hasan al-Banna, Majmu’at al-Rasail, Wasail al-Tarbiyah, Keagamaan

Article Details

How to Cite
Abdul Kadir, F. A., Md Yusoff, Y., & Hashim, Z. (2017). PEMBANGUNAN INSAN BERDASARKAN WASAIL AL-TARBIYAH: KAJIAN TERHADAP KITAB MAJMU’AT AL-RASAIL TULISAN HASAN AL-BANNA (Human Development according to Wasail al-Tarbiyah: A Study on Majmu’at al-Rasail by Hasan al-Banna). Journal of Al-Tamaddun, 12(2), 1–11. https://doi.org/10.22452/JAT.vol12no2.1