Main Article Content
Abstract
Zaman Khulafa’ al-Rashidin merupakan antara “era keemasan” pemerintahan dan ketamadunan Islam. Hal ini kerana, sungguhpun kuasa Islam baru bertapak di persada dunia, namun secara pantas pesaing baru ini dapat menguasai dua pertiga dunia yang menyaksikan kehancuran empayar Rom dan Parsi, dua buah kuasa besar yang telah lama mendominasi aktiviti penaklukan wilayah-wilayah baru ketika itu. Justeru, artikel ini akan membahaskan mengenai kecemerlangan futuhat yang telah dicapai oleh setiap khalifah di zaman masing- masing yang telah memberi sumbangan melonjakkan kehebatan Islam. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap pelbagai sumber primer dan sekunder. Kajian dilakukan berdasarkan kaedah analisis sejarah terhadap peristiwa yang berlaku. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kecemerlangan futuhat di zaman Khulafa’ al-Rashidin menjadikan sebahagian besar wilayah kekuasaan Empayar Rom di bahagian Timur Tengah, Mesir dan Afrika Utara berjaya ditakluki dan dibuka oleh tentera Islam. Pada masa yang sama, pemerintahan Islam juga dapat menghancurkan empayar Parsi yang terpaksa menyerahkan seluruh wilayah kekuasaannya di bahagian Timur kepada tentera Islam. Kecemerlangan futuhat ini lebih manis lagi apabila penguasaan Islam turut meluas ke wilayah bukan Arab dengan jayanya seperti di Armenia, Azerbayjan, Tabaristan dan sebagainya.
Keywords
Article Details
By submitting manuscripts to the Journal of Al-Tamaddun, authors agree to transfer copyright to the journal. However, authors may republish their work or grant others permission to republish it; in which case it should be accompanied by a proper acknowledgment that the work was originally published in the Journal of Al-Tamaddun. The journal adopt CC-BY-NC licence which authors may also share and distribute their article anywhere of non-commercial website, social media and repositories immediately on publication.
Authors may also reuse the Abstract and Citation information (e.g. Title, Author name, Publication dates) of their article anywhere at any time including social media such as Facebook, blogs and Twitter, providing that where possible a link is included back to the article on the journal site.