Main Article Content

Abstract




Kertas ini membincangkan tentang pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa- dalam sejarah Islam terawal dalam mendepani ekstremisme. Kajian ini menggunakan metode pensejarahan di samping metode perpustakaan bagi mendapatkan data. Seterusnya analisa kritis terhadap catatan sejarah dilakukan menggunakan metode induktif dan deduktif bagi merumuskan pengajaran yang boleh diambil dalam mendepani golongan ekstreimisme. Pendahuluan kertas ini menyentuh tentang latar belakang permasalahan, diikuti dengan pengertian ekstremisme. Seterusnya perbincangan ditumpukan kepada ekstremisme pada zaman Nabi s.a.w. dan golongan Khawarij. Berikutnya disenaraikan beberapa pengajaran daripada sejarah yang boleh diambil dalam mendepani ekstremisme. Penilitian kertas ini mendapati bahawa golongan ekstrimis perlu didepani melalui inisiatif masyarakat secara keseluruhannya. Ekstremisme juga perlu didepani melalui persepsi, perdebatan dan peperangan. Kajian ini mencadangkan agar kajian lebih dilakukan bagi meneliti dengan lebih halus elemen-elemen yang boleh dijadikan panduan dalam mendepani ektremisme melalui perdebatan atau peperangan.




Keywords

Normatif, Ekstermisme, Metode, Perbandingan, Agama

Article Details

How to Cite
Abdul Khir, M. F. (2017). MENDEPANI EKSTREMISME: PENGAJARAN DARIPADA SEJARAH KEMUNCULAN KHAWARIJ (Encountering Extremisme: Lesson from the History of the Emergence of Khawarij). Journal of Al-Tamaddun, 12(2), 115–125. https://doi.org/10.22452/JAT.vol12no2.9