Main Article Content
Abstract
Proses sekularisasi yang dilaksanakan di Turki turut memberi kesan kepada perlembagaan negara tersebut. Perlembagaan Turki yang beridentiti sekular menjadikannya sebagai sebuah kontrak sosial yang bersifat mencengkam dan mengekang kebebasan individu, termasuklah untuk mengamalkan agama secara bebas. Kemunculan Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma Partisi, AKP) dengan wacana demokrasi konservatif cenderung untuk membuka ruang kebebasan yang lebih luas, termasuklah untuk membolehkan pengamalan agama dilakukan secara bebas. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis proses pendemokrasian di Turki yang dilakukan oleh AKP menerusi pindaan perlembagaan pada tahun 2010. Artikel ini menganalisis secara langsung Perlembagaan Turki sebagai sumber primer kajian dengan meneliti perbezaan sebelum dan selepas pindaan pada tahun tersebut. Selain itu, senario sepanjang proses pindaan perlembagaan dilakukan turut dianalisis secara mendalam. Secara keseluruhan, pindaan perlembagaan tahun 2010 sememangnya menyumbang kepada proses pendemokrasian di Turki. Pindaan tersebut memberi kesan kepada kedudukan hak asasi rakyat, di samping tentera dan badan kehakiman yang selama ini diperuntukkan dengan bidang kuasa yang luas. Sebagai sebuah negara sekular, proses pendemokrasian merupakan langkah yang berkesan di Turki untuk membuka ruang kepada kebebasan pengamalan agama masyarakat.
Keywords
Article Details
By submitting manuscripts to the Journal of Al-Tamaddun, authors agree to transfer copyright to the journal. However, authors may republish their work or grant others permission to republish it; in which case it should be accompanied by a proper acknowledgment that the work was originally published in the Journal of Al-Tamaddun. The journal adopt CC-BY-NC licence which authors may also share and distribute their article anywhere of non-commercial website, social media and repositories immediately on publication.
Authors may also reuse the Abstract and Citation information (e.g. Title, Author name, Publication dates) of their article anywhere at any time including social media such as Facebook, blogs and Twitter, providing that where possible a link is included back to the article on the journal site.