Main Article Content

Abstract




Pemerintahan al-Monsur, khalifah kedua kerajaan 'Abbasiyyah (A H I 36-1 5B/A.D.75 3-771) menyaksikan pergelutan di antara khalifah dqn Abu Muslim al-Khurasani, tokoh terpenting dalam daulah 'Abbasiyyah dan gabenor Khurasan yang telah memainkan peranan utama dalam pembentukan kerajaan'Abbasiyyah. Pergelutan ini yang berakhir dengan peristiwa pembunuhan Abu Muslim merupakan peristiwa penting di dalam sejarah Islam umumnya dan kerajaan 'Abbasiyyah secara khusus. Artikel ini akan membincangkan secara terperinci latar belakang dan faktor yang membawa kepada perselisihan di antara kedua-dua tokoh tersebut berdasarkan sumber-sumber primer oleh al-labari, al-Baladhuri, Al-Ya'qubi dan lain- lain. Ia turut menghuraikan faktor kejayaan Abu Ja'far dalam mengatasi kekuasaan Abu Muslim.




Article Details

How to Cite
Hamzah, N., & Aziz, J. (2005). ABU JA’FAR AL-MANSUR AND THE STRUGGLE AGAINST ABU MUSLIM AL-KHURASANI. Journal of Al-Tamaddun, 1(1), 197–214. Retrieved from http://ojie.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/7885