Main Article Content

Abstract

Histeria adalah merujuk kepada keadaan seseorang yangg dirasuk oleh jin sehingga menzahirkan tindakan luar biasa atau menghilangkan kewarasan akal. Pelbagai polemik dalam kalangan sarjana dalam memahami keadaan sebenar kejadian histeria. Ada yang mengaitkan dengan gangguan makhluk halus dan ada yang mengatakan ia berkait dengan permasalahan psikologi. Oleh itu, melalui analisis induktif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan pemahaman terhadap istilah histeria berasaskan rujukan terhadap nas al-Quran dan hadith serta pandangan para ulama. Hasil penelitian mendapati bahawa istilah histeria dapat dirujuk maknanya kepada [1] Rasukkan dan gangguan makhluk halus sehingga menzahirkan tindakan fizikal; dan [2] Keadaan psokologi yang tidak stabil atau kecelaruan fungsi yang dikaitkan dengan kebimbangan tanpa alasan yang kukuh atau disebutkan sebagai gangguan jiwa. Walaupun demikian, kedua-dua pemahaman tersebut sebenarnya saling berkait antara satu dengan lain sehingga dapat difahami dengan jelas dan nyata apabila digabungkan kedua-dua pandangan tersebut.

Keywords

histeria, rasukan, gangguan jin, makhluk halus, al-Sar’

Article Details

How to Cite
Ahmad, K., & Ibrahim, M. A. H. (2015). HISTERIA DARI PERSPEKTIF AL-QURAN DAN HADITH: SATU ANALISIS (Hysteria from the Qur’anic and Hadith Perspective: An Analysis). Journal of Al-Tamaddun, 10(2), 35–50. Retrieved from http://ojie.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8688