PERSEPSI PELAJAR 1 MALAYSIA TERHADAP KURSUS HUBUNGAN ETNIK: SATU KAJIAN DI UUM 1 MALAYSIAN STUDENTS' PERCEPTIONS OF ETHNIC RELATIONS COURSES: A STUDY AT UUM

Main Article Content

Muhamad Amar Mahmad

Abstract

Kursus Hubungan Etnik yang diperkenalkan sejak tahun 2006 di
Insitusi Pengajian tinggi (IPT) adalah satu usaha untuk menangani
masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam
pembangunan negara. Kursus tersebut adalah sebagai medium
nasional ke arah mewujudkan integrasi dalam kalangan etnik yang
pelbagai latarbelakang kepercayaan dan budaya. Namun begitu,
perbezaan etnik sudah tentu akan mewujudkan perbezaan persepsi
yang pelbagai dalam kalangan pelajar. Sekiranya situasi ini berlaku
sudah tentu penawaran kursus tersebut tidak mencapai matlamatnya.
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji persepi pelajar
berdasarkan pengaruh faktor etnik terhadap penawaran kursus ini.
Instrumen kajian dibentuk sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada
objektif kursus ini. Responden telah dipilih secara rawak seramai 300
orang yang terdiri daripada para pelajar kursus Hubungan Etnik
semester kedua tahun 2013/2014 di Universiti Utara Malaysia. Hasil
kajian mendapati faktor etnik turut mempengaruhi perbezaan persepsi
antara pelajar terhadap penawaran kursus Hubungan Etnik meskipun
tidak ketara. Bagi mengatasi perbezaan ini, maka pihak kerajaan hendaklah memperluaskan konsep asas kursus ini kepada pelajar
bermula sejak di alam persekolahan lagi.
Kata kunci: Persepsi, kursus hubungan etnik, etnik, Universiti Utara
Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mahmad, M. A. (2019). PERSEPSI PELAJAR 1 MALAYSIA TERHADAP KURSUS HUBUNGAN ETNIK: SATU KAJIAN DI UUM: 1 MALAYSIAN STUDENTS’ PERCEPTIONS OF ETHNIC RELATIONS COURSES: A STUDY AT UUM. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 92–107. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21225
Section
Articles