ORIENTASI NILAI DAN PENILAIAN KOMUNITI ORANG ASLI DAN MELAYU DI CAMERON HIGHLANDS: SUATU ANALISIS PERBANDINGAN

Main Article Content

Mustaffa Omar

Abstract

Kajian ini bermula daripada suatu premis bahawa kefahaman tentang orientasi nilai dan
penilaian sesuatu komuniti mampu menawarkan penjelasan bermakna mengapa sesuatu
kelompok sosial itu memiliki persepsi, sikap dan perlakuan tertentu, di samping
menjelaskan lagi mengapa wujud perbezaan pencapaian, baik bersifat ekonomi maupun
sosial, di antara anggota dalam sesuatu kelompok sosial ini atau antara kelompok sosial
yang berlainan. Berasaskan premis di atas, penulis telah berusaha meneroka pola-pola
dominan dalam sistem nilai dan penilaian masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands.
Ini dilakukan berasas kepada penilaian subjektif mereka sendiri terhadap sesuatu situasi
dan persekitaran sediawujud serta pengalaman masing-masing. Selain itu, penulis juga
telah berusaha mengenalpasti perbezaan dalam orientasi nilai dan penilaian di kalangan
subjek kajian daripada pelbagai latar belakang demografi dan status sosioekonomi serta
perbezaan tahap pembangunan dan kemajuan yang dilalui komuniti tersebut. Kesemua ini
dilakukan bukan semata-mata dengan tujuan untuk memahami sistem nilai dan penilaian
yang mendasari kehidupan sosial mereka, tetapi juga berguna bagi mengesan cabarancabaran
masa depan serta langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil oleh
pihak berkenaan bagi membantu mereka untuk terus membangun dan dibangunkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Omar, M. (2020). ORIENTASI NILAI DAN PENILAIAN KOMUNITI ORANG ASLI DAN MELAYU DI CAMERON HIGHLANDS: SUATU ANALISIS PERBANDINGAN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 171–195. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25671
Section
Articles