MESEJ NASIONALISME DAN ISLAM DALAM SAJAK-SAJAK ZULKIFLI MUHAMMAD

Main Article Content

Zabidin Hj. Ismail

Abstract

Kajian ini khusus menilai pemikiran Zulkifli Muhammad yang
diungkapkan melalui 13 kuntum sajak beliau yang termuat dalam buku
bertajuk Pemikiran Bahasa dan Sastera Zulkifli Muhammad dari
Perspektif Islam karya Talib Samat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(2002). Tujuan kajian untuk memperlihatkan mesej utama yang
terkandung di dalam sajak-sajak Zulkifli Muhammad. Walaupun
jumlah sajak yang dihasilkan sedikit tetapi Zulkifli Muhammad
berjaya meletakkan nasionalisme dan Islam sebagai mesej penting
dalam sajak-sajaknya yang dianggap tema utama perjuangan
kemerdekaan di negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah semiotik
dan intertekstualiti bagi meneliti mesej yang terkandung dalam sajaksajak
Zulkifli Muhammad yang berkisar tentang nasionalisme dan
Islam sejajar dengan persoalan yang berkaitan dengan kedaulatan
negara, penjajahan, antikolonialisme, kemerdekaan serta pembentukan
negara bangsa (nation state) merupakan topik kontemporari yang
dibicarakan sepanjang masa.



Kata kunci: Zulkifli Muhammad, puisi Islam, pejuang politik,
pejuang kemerdekaan, nasionalisme.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hj. Ismail, Z. (2020). MESEJ NASIONALISME DAN ISLAM DALAM SAJAK-SAJAK ZULKIFLI MUHAMMAD. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 216–238. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25691
Section
Articles