NUKEN1 : HOW THINGS BEING MEASURED2 ? NUKEN: BAGAIMANA BENDA DIUKUR?

Main Article Content

Faridah Sahari

Abstract

Orang Ulu settlements in upper river and its tributaries of Belaga were once so remote and hardly accessed by outsiders. Inaccessibility for traders to penetrated the area has caused absence of economic activities thus hindered the standard measurement system to be used in quantification, transaction, product valuation and labour exchange in the region during that time. Thus, this paper discusses how Orang Ulu measured things using objects they have made purposely and unpurposely as gauges in the past and how figures obtained from the measurement imply to productivity, value and exchange in their daily transactions and routines. The discussion also includes the traditional measuring methods used in some of their utilitarian objects production in quantifying raw materials to estimate resources and to determine size of finished objects. The main reason for doing so is to draw attention and share this knowledge with others on Orang Ulu’s technology of arithmetic and scientific thinking applied in their traditional measuring system in objects production, trade and exchange among these Central Borneo natives.


Keywords: Orang Ulu, material culture, measuring systems, traditional gauges, exchange


 


Penempatan Orang Ulu di hulu sungai di kawasan pedalaman Belaga dahulunya amat sukar didatangi oleh orang luar. Ini telah menyukarkan para pedagang terutamanya menembusi kawasan tersebut untuk menjalankan aktiviti ekonomi sekaligus menghalang penggunaan sistem ukuran piawai untuk mengukur and menyukat kuantiti bagi tujuan transaksi, pertukaran barangan dan perkhidmatan pada ketika itu. Justeru, makalah ini membincangkan sistem pengukuran tradisional yang pernah digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Ulu. Ini termasuklah peralatan yang mereka buat khas dan objek sediada yang digunapakai untuk menyukat. Makalah ini juga turut membincangkan bagaimana Orang Ulu memanfaatkan hasil ukuran dan sukatan sebagai penanda aras dan indikasi kepada produktiviti, nilai dan pertukaran dalam urusan transaksi dan rutin harian hidup mereka. Selain itu, makalah ini juga menerangkan kaedah ukur dan sukat dalam pembuatan objek utilitarian mereka dalam membuat anggaran keperluan sumber bahan mentah dan saiz objek. Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk memberi tumpuan dan berkongsi pengetahuan mengenai teknologi aritmetik dan pemikiran saintifik Orang Ulu dalam sistem ukur dan sukat tradisional yang digunapakai dalam proses pembuatan objek, urusan jualbeli dan pertukaran.


Kata kunci: Orang Ulu, budaya benda, sistem ukur, tolok tradisional, pertukaran

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sahari, F. (2013). NUKEN1 : HOW THINGS BEING MEASURED2 ? NUKEN: BAGAIMANA BENDA DIUKUR?. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 24(1), 108–121. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9625
Section
Articles