PENGGUNAAN KATA SAPAAN SEPARA RASMI DI KABUPATEN 50 KOTA DAN DAERAH REMBAU: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN USE OF THE WORDS OF SEMIFORMAL GREETINGS IN THE KABUPATEN 50 KOTA AND DAERAH REMBAU: A COMPARATIVE STUDY

Main Article Content

Ab. Razak Ab. Karim
Reniwati .

Abstract

Penggunaan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan seringkali dikatakan berasal dari Provinsi Sumatera Barat. Penyataan ini berdasarkan catatan sejarah tentang penghijrahan orang Minangkabau yang telah berlaku pada abad ke-15 M. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan kata sapaan masyarakat di kedua-dua kawasan kajian ini dan kemudian membandingkan bentuk-bentuknya untuk mendapat persamaan dan perbezaan. Kata sapaan yang dibandingkan ialah kata sapaan yang digunakan dalam majlis separa rasmi. Data dikumpulkan di Nagari Batuhampar dan Daerah Rembau dan dianalisis berdasarkan teori sapaan yang dikemukakan oleh Ervin-Tripp (1986). Berdasarkan dapatan kajian, pelbagai bentuk kata sapaan ditemui sesuai dengan keadaan sosial dan angkubah sosial daripada orang yang disapa; bentuk bahasa lain yang menyertainya selaras dengan bentuk kata sapaan dan suasana kebahasaan majlis; dan bentuk kata sapaan yang digunakan cenderung tidak memiliki urutan unsur. Hasil perbandingan mendapati bentuk kata sapaan di kedua-dua kawasan kajian tidak hanya menunjukkan persamaan juga menunjukkan perbezaan yang jelas.
Kata kunci: kata sapaan, separa rasmi, Minangkabau, perbandingan, Kabupaten 50 Kota, Rembau.


The use of the term of address in Negeri Sembilan is often assumed to come from the Kabupaten 50 Kota, Sumatera Barat. This is based on the historical record about the migration of Minangkabau people during 1500 AD. This study aims at identifying the forms and the used of the terms of address by these two communities. The similarities and the differences are also analyzed. The terms of address compared are those used in semiformal meeting. The data are collected in Nagari Batuhampar Kabupaten 50 Kota Sumatera Barat dan Daerah Rembau Negeri Sembilan. To analyze the data, theory of terms of address proposed by Ervin-Tripp (1986) is used. Having analyzed the data, it is found that the there are several forms of terms of address based on social condition and social factors of the addressee; the use of other languages is in line with the forms of term of address and the situation of the meeting; and the forms tend to be unchronologically ordered. Furthermore, there also occur similarities and differences of the forms of term of address in the two communities.
Keywords: word, addressee, semiformal, Minangkabau, comparative, Kabupaten 50 Kota, Rembau.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ab. Karim, A. R., & ., R. (2017). PENGGUNAAN KATA SAPAAN SEPARA RASMI DI KABUPATEN 50 KOTA DAN DAERAH REMBAU: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN: USE OF THE WORDS OF SEMIFORMAL GREETINGS IN THE KABUPATEN 50 KOTA AND DAERAH REMBAU: A COMPARATIVE STUDY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 26(1), 187–202. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9700
Section
Articles