PERUBAHAN CORAK KERJA KREATIF BANGSAWAN: SATU KESINAMBUNGAN IDENTITI

Main Article Content

Mohd Effindi Samsuddin

Abstract

Bangsawan merupakan sebuah Opera Melayu yang terhasil dari pertemuan arus budaya, gaya cita rasa opera, dan gaya pramoden pada akhir abad kesembilan belas. Secara ringkasnya Bangsawan merupakan perkembangan teater pramoden terawal di Tanah Melayu hasil dari pengaruh dan percampuran antara tiga corak budaya seni masyarakat asalnya, iaitu budaya masyarakat India, China, dan Barat; yang selepas itu diolah dan disesuaikan dengan gaya cita rasa masyarakat Melayu oleh Mamak Mashor dan Mamat Pushi pada sekitar tahun 1880. Kesenian ini masuk ke Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan era penjajahan, iaitu semasa penjajahan British. Perkembangan ini yang secara langsung atau tidak langsung, saling berkait dan memungkinkan hasil tercetusnya gaya Bangsawan bercitarasa tempatan — yang dijalankan dan diterima oleh semua kaum serta masyarakat

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Samsuddin, M. E. (2007). PERUBAHAN CORAK KERJA KREATIF BANGSAWAN: SATU KESINAMBUNGAN IDENTITI. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 18(1), 57–85. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9730
Section
Articles