PENGARUH KOMUNIKASI DAKWAH TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL: KAJIAN KES PADA PESERTA PENGAJIAN ANJURAN PERSYARIKATAN MUHAMMADIYAH DAN MAJLIS TAFSIR AL-QURAN DI WILAYAH SURAKARTA, PROVINSI JAWA TENGAH, INDONESIA THE EFFECT OF DAKWAH COMMUNICATION TOWARDS SOCIAL PARTICIPATION: A CASE STUDY ON PARTICIPANTS OF PENGAJIAN ORGANIZED BY PERSYARIKATAN MUHAMMADIYAH AND MAJLIS TAFSIR AL-QURAN AT SURAKARTA REGION, CENTRA

Main Article Content

Hasmah Zanuddin
Budi Suprapto

Abstract

Tujuan komunikasi dakwah ialah mentransformasikan nilai-nilai amar makruf (menebar kebaikan) dan nahi mungkar (menghalang kerosakan), sebagai ajaran asasi daripada agama Islam. Oleh itu kesan yang seharusnya ditimbulkan oleh aktiviti komunikasi dakwah ialah sebuah kesedaran yang boleh mendorong setiap orang untuk ambil peduli terhadap berbagai-bagai masalah sosial dalam hidup bermasyarakat. Tindakan ambil peduli inilah yang dimaksudkan dengan penyertaan sosial. Untuk mengenal pasti berapa besar pengaruh komunikasi dakwah dan penyertaan sosial, maka analisis dalam penyelidikan ini menggunakan kaedah Moderated Regression Analysis (MRA). Hasil ujian MRA membuktikan bahawa ada kesan yang signifikan bagi pendedahan mesej dakwah terhadap perilaku penyertaan sosial. Namun demikian kesan tersebut kurang kukuh atau tidak bersifat hubungan bivariate (pengaruh langsung antara satu pemboleh ubah bebas terhadap satu pemboleh ubah terikat). Kesan tersebut menjadi lebih kukuh setelah melibatkan tiga pemboleh ubah moderator, iaitu penerusan mesej dakwah secara interpersonal, peranan terhadap kelompok rujukan, dan penggunaan media massa.


Kata kunci: Komunikasi dakwah, penerusan mesej dakwah, peranan kelompok rujukan, dan penyertaan sosial. 


“The purpose of the dakwah communication is to transform the amar makruf values (cast a virtue) and nahi mungkar (to prevent damage), as the fundamental teachings of Islam. Thus the impact of dakwah communication activities should be raised is an awareness that each person to take care of various social problems in social life. Concern that's kind of, what is social participation. To identify how large the influence of dakwah communication of social participation, the analysis in this research using the Moderated Regression Analysis (MRA). MRA test results prove, there is a significant effect of the dakwah message exposure on the social participation behavior. However, these effects are less severe or no bivariate relationship (direct influence of one independent variable on the one dependent variables). The effect is strengthened when involve three moderator variables, namely the continuation of the dakwah message in interpersonal ways, the role of reference groups, and the use of mass media."



Keywords: Dakwah communication, continuation of dakwah messages, mass media usage, role of reference group, social participation.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Zanuddin, H., & Suprapto, B. (2014). PENGARUH KOMUNIKASI DAKWAH TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL: KAJIAN KES PADA PESERTA PENGAJIAN ANJURAN PERSYARIKATAN MUHAMMADIYAH DAN MAJLIS TAFSIR AL-QURAN DI WILAYAH SURAKARTA, PROVINSI JAWA TENGAH, INDONESIA: THE EFFECT OF DAKWAH COMMUNICATION TOWARDS SOCIAL PARTICIPATION: A CASE STUDY ON PARTICIPANTS OF PENGAJIAN ORGANIZED BY PERSYARIKATAN MUHAMMADIYAH AND MAJLIS TAFSIR AL-QURAN AT SURAKARTA REGION, CENTRA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 1–23. Retrieved from https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9755
Section
Articles