Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM
Jurnal Pengajian Melayu or the Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) is published biannually in April and October by the Academy of Malay Studies, Universiti Malaya. (Previously published annually until 2021, Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies, JOMAS) recently started to publish biannually). The journal publishes original articles based on professional policies, practices and progress in the field of Malay studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining to the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among experts and professionals to introduce new thoughts, concepts, theories and systems. This journal uses double-blind review, which means that both the reviewer’s and author’s identities are concealed from each other and vice versa, throughout the review process.

Jurnal Pengajian Melayu atau Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) diterbitkan dua kali setahun pada April dan Oktober oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Sebelum ini diterbitkan satu kali setahun sehingga 2021 dan kini mula diterbitkan dua kali setahun). Jurnal ini menerbitkan artikel asal berbentuk dasar profesional, amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal ini menerima artikel dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris berkaitan dengan Alam Melayu. Jurnal ini menyediakan forum untuk komunikasi dalam kalangan pakar dan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baharu, konsep, teori dan sistem. Jurnal ini menggunakan semakan setara dua pihak, iaitu identiti penilai dan penulis dirahsiakan antara satu sama lain dan begitu juga sebaliknya sepanjang proses penilaian dilakukan.

en-US jomas@um.edu.my (Dr. Nurul Haniza Samsudin) jomas@um.edu.my (Dr. Nur Azimah Mohd Bukhari) Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 OJS 3.3.0.6 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 ALI AKBAR NAVIS'S ATAVISM IN THE NOVEL ‘KEMARAU https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56092
The problem of development faced by developing countries is that they need to be more focused on economic growth, leading to multidimensional crises, including ecological and prolonged humanitarian crises. The novel ‘Kemarau’ is a sequel to the short stories Datangnya dan Perginya and Robohnya Surau Kami, which effectively capture these issues. This research aims to uncover the theme of atavism in Ali Akbar Navis’ novel ‘Kemarau’. Atavism is a theme that consistently appears in Navis’ works. Navis often portrays the ongoing conflict between tradition and modernity, particularly during colonial and postcolonial periods. With a strong understanding of his cultural background, A.A. Navis successfully presents stories that provoke awareness in readers, whether as individuals, communities, or global citizens, urging them to be directly involved in issues of identity and culture. The research method employed is qualitative, utilizing a literary approach, particularly Paul Ricoeur’s hermeneutic theory. This approach aims to reveal deep and holistic meanings, particularly regarding the character's journey between preserving traditional values and adapting to modernity. Additionally, it exposes the conflict between local traditions and the colonial cultural dominance introduced by colonizers. In doing so, Navis successfully voices the complexity of identity and social change in Indonesia while offering a compelling reflection on the cultural heritage that continues to shape modern society. Furthermore,‘Kemarau’ can also be studied using the paradigms of literary sociology, genetic structuralism, or postcolonialism.
Asep Yudha Wirajaya, Trisna Kumala Satya Dewi Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56092 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 PRESERVATION OF MALAY STUDY: SELECTED CASE STUDY VIA GOOGLE SCHOLAR https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56095
In the university library, various materials are readily available, encompassing various formats such as books, journals, media collections, and online databases. Among higher education students, there is a not able preference for social science books, particularly those focused on Malay Studies, serving as valuable references for assignments and theses. Online databases like Project Muse are also frequently consulted to supplement academic work. The primary goal of this study is to analyze the availability of articles related to our title, "Preservation of the Malay Studies Case Study," through an exploration conducted on Google Scholar. Notably, Google Scholar emerges as an open-source platform preserving a collection of Malay Studies articles, benefiting a wide audience. The selection and review of around ten case studies are crucial, considering criteria such as the case study title, material type, and citation count. Two case studies have garnered over a hundred citations, while six have exceeded 20. The distribution includes eight journal articles, one book, and an article in proceedings. These case studies predominantly delve into preserving historical culture within the context of Malay studies, encompassing research conducted in Malaysia, Indonesia, and Singapore. Acknowledging limitations, the chosen search keywords, "preservation" AND "Malay study," provide direction for future researchers to tailor their searches based on specific research areas.
Haslina Husain, Haslan Tamjehi Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56095 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 ASPEK TEKSTUAL DAN PRAKTIS SOSIAL DALAM NOVEL SUNGAI MENGALIR LESU https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56096
Novel Sungai Mengalir Lesu (SML) yang dihasilkan pada tahun 1984 merupakan satu daripada karya besar yang ditulis oleh sasterawan negara A. Samad Said. Karya yang bertemakan Perang Dunia ke-2 yang berlatarbelakangkan Singapura ketika dijajah oleh Jepun ini menarik untuk dikaji dari sudut analisis wacana. Berdasarkan pendekatan wacana kritis, tiga analisis yang perlu diketengahkan ialah analisis tekstual, wacana praktis dan praktis sosial, namun demikian kajian ini hanya akan mengetengahkan analisis tekstual dan praktis sosial sahaja. Analisis tekstual dalam SML akan memfokuskan aspek leksikal, iaitu pemilihan kata-kata bersifat tabu atau perkataan berbentuk larangan yang mempunyai hubung kait dengan praktis sosial masyarakat Melayu dalam wacana novel tersebut. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek tekstual, khususnya leksikal bersifat tabu dalam SML serta menganalisis leksikal tersebut dari sudut praktis sosial masyarakat Melayu. Berdasarkan teori analisis wacana kritis (CDA) yang dimajukan oleh Fairclough (1995), kajian ini mendapati wujud sepuluh leksikal tabu dalam SML yang dapat menggambarkan praktis sosial dalam novel ini. Penggemblengan leksikal bersifat tabu dalam SML menjelaskan bahawa pemilihan kata-kata bersifat tabu dalam wacana novel sebenarnya mempunyai hubung kait dengan konteks sosial, khususnya praktis sosial masyarakat Melayu dalam wacana tersebut.
Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya, Fauzi Hasan, Rohaidah Haron Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56096 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 PENERAPAN GAYA BAHASA PERULANGAN DALAM TEKS NOVEL TINGKATAN 4 LEFTENAN ADNAN KARYA ABDUL LATIP TALIB https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56097
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan jenis gaya bahasa perulangan yang terdapat dalam teks novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Kajian ini memberikan fokus kepada penerapan gaya bahasa perulangan yang merangkumi enam jenis yang berbeza iaitu anafora, epifora, simplok, responsi, woordopname dan paralelisme dalam teks novel yang dikaji. Selanjutnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti penerapan gaya bahasa perulangan yang paling dominan yang terdapat dalam teks novel ini. Selaras dengan tujuan kajian, Teori Stilistik yang digagaskan oleh J.J Webber (1989) dijadikan sebagai sandaran utama dalam mengenal pasti kepelbagaian unsur gaya bahasa yang diterapkan oleh pengarang dalam teks novel ini. Reka bentuk penyelidikan kajian ini pula dilaksanakan menerusi kajian kualitatif berdasarkan analisis teks novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Analisis tematik telah digunakan bagi meneliti setiap kata, frasa dan ayat untuk mengenal pasti penerapan gaya bahasa perulangan yang terdapat dalam teks novel ini. Dapatan kajian membuktikan bahawa pengarang cenderung menggunakan gaya bahasa perulangan anafora, epifora, simplok, responsi, woordopname dan paralelisme untuk memberi penegasan dan mengembangkan idea dalam penulisan teks novel. Selain itu, gaya bahasa perulangan anafora dilihat merupakan gaya bahasa yang mendominasi penulisan teks yang dilakukan oleh pengarang. Impaknya, penerapan unsur gaya bahasa dalam penulisan teks novel dilihat berupaya menjadi perantara antara pengarang dengan pembaca bagi menyampaikan pemikiran atau gagasan idea untuk ditanggapi dan dihayati dengan lebih mudah dan bermakna di samping memperkayakan nilai estetika bahasa dalam penulisan sesebuah teks novel.
Muhammad Ameer Shauqi, Marzni Mohamed Mokhtar, Muhammad Aiman Syazwan Ahmadi, Muhammad Ikhwan Danial Abdullah, Muhammad Ikhmal Mohd Isa Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56097 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 KEINDAHAN BENTUK PUISI ETNIK PERIBUMI DI SABAH https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56098
Etnik peribumi di Sabah diidentifikasi mengikut kumpulan etnik dan kebanyakan etnik memiliki sub-sub etnik sehingga membentuk kepelbagaian etnik. Mereka bertutur dan menghasilkan puisi tradisi dengan menggunakan bahasa etnik masing-masing. Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang beragama Islam, melaksanakan kebudayaan Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Etnik peribumi di Sabah tidak mengasosiasikan diri mereka sebagai orang Melayu, walaupun mereka berasal dari rumpun Melayu. Kajian-kajian terhadap puisi Melayu seringkali tidak memasukkan puisi etnik sebagai satu bentuk puisi Melayu. Kajian Francois Rene Daille (1988) yang menyatakan bahawa pantun hanya terdapat di Tanah Melayu dan kepulauan Riau Lingga menimbulkan persoalan, sedangkan Muhammad Haji Salleh (2005) berpendapat bahawa pantun wujud di seluruh pelusuk alam Melayu. Walau bagaimanapun, kajian yang menjustifikasikan perkara ini dan bentuk sebenar puisi etnik tersebut masih belum dijalankan. Kajian ini akan menganalisis bentuk puisi etnik peribumi di Sabah hampir mirip dengan pantun Melayu. Kajian-kajian awal yang oleh Saidatul Nornis (2008, 2011), Lokman Abdul Samad (2017) dan Isa Romtie (2022) menjelaskan bahawa ketiga-tiga etnik, iaitu Kalang Sama Bajau, Brunei dan Cocos memiliki pantun yang sama dengan pantun yang difahami di alam Melayu. Namun perincian bentuk puisi dan etnik lain tidak pernah dibincangkan dengan mendalam. Kajian lapangan yang telah dilakukan sejak 2010 telah menemukan beberapa bentuk puisi etnik di Sabah. Data-data dianalisis secara intrinsik menggunakan Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2006) dan ciri pantun yang diberikan oleh Harun Mat Piah (1989). Kajian mendapati puisi etnik hampir serupa dengan pantun, tetapi perbezaannya terletak pada bahasa atau dialek yang digunakan, serta ada puisi yang tiada unsur pembayang
Asmiaty Amat, Aone Van Engelenhoven Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56098 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 STRUKTUR PUISI RAMBAN DALAM BUKU LEKA MAIN IBAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI STRUKTURALISME https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56099
Masyarakat Iban amat unik dan kaya dengan sastera, adat resam dan kebudayaan yang diwarisi turun-temurun. Namun demikian, kesukaran memahami sastera lisan, iaitu ramban dalam kalangan masyarakat Iban memberi impak yang negatif dalam mengekalkan tradisi lisan ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis struktur sepuluh buah puisi ramban yang dipilih dalam buku Leka Main  Asal Iban karya Jimmy Donald (1993). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan mengaplikasikan Teori Strukturalisme oleh Ferdinand de Saussure (1983). Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah analisis teks untuk menganalisis kandungan teks puisi ramban dengan memfokuskan aspek struktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi-puisi ramban mempunyai unsur gaya bahasa yang merangkumi elemen hiperbola, asonansi, aliterasi, metonimi, anafora, simplok, satira, sinisme, sinkop, simile, homoioteleuton, konotasi, denotasi, citra bebas, kolokasi dan polysyndeton. Unsur bait yang membentuk puisi-puisi ramban dengan memiliki elemen prolog, isi, epilog, paralelisme dan terdiri daripada 7 sehingga 32 baris ayat dan kesemua memiliki antara 3 hingga 11 patah perkataan. Dari aspek prosodi, puisi-puisi ramban memberi penekanan kepada keindahan rentak dan irama kerana distrukturkan oleh jeda, rima, disfemisme dan emotif. Kesimpulannya, puisi ramban merupakan puisi lisan yang berbentuk hiburan yang dinyanyikan pada waktu senang serta pada hari keramaian untuk tujuan memuji, memberi motivasi, meluahkan perasaan gembira, cinta, keluh-kesah dan rintihan. Implikasinya, kajian ini akan menambahkan lagi korpus sastera masyarakat Iban dan menjadi medium untuk mempromosikan puisi lisan masyarakat Iban ke seluruh dunia. Maka, kajian berkaitan struktur puisi ramban perlu diperkembangkan lagi dari aspek amalan atau gaya persembahan puisi ramban.
Nelson Kubu Empajang, Rohayati JUNAIDI, Saripah Banseng Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56099 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56100
Imej perempuan Melayu dalam sastera Melayu lama banyak dikaji dan pelbagai tafsiran ditemukan. Terdapat kajian yang membela kedudukan mereka dan ada yang sebaliknya. Kajian-kajian lain pula mendapati perempuan dijadikan sebagai hadiah dan pemuas nafsu dalam kerajaan Melayu lama. Kesan imej seperti ini dibesar-besarkan sehingga menyingkir kebolehan perempuan yang lain. Tanggapan seperti ini banyak dikritik feminis dunia ketiga kerana bercitrakan orientalis. Wacana sebelumnya mengatakan perempuan Melayu itu antaranya tidak mampu membela nasibnya, lemah dan tidak berkuasa tetapi beberapa himpunan hikayat yang dikaji di sini mampu menunjukkan kemampuan perempuan yang menentukan hidup mereka sendiri. Justeru, kajian ini ingin melihat perubahan yang berlaku pada imej perempuan pada pinggir abad ke-19 melalui Hikayat Syamsul Anuar yang ditulis oleh pengarang wanita yang membezakannya dengan hikayat Melayu lama terdahulu, iaitu imej individualitinya. Imej ini tentulah menarik untuk dibahaskan terutamanya dalam banyak wacana yang membicarakan wanita dan kolektivisme. Hanya beberapa hikayat sahaja dipilih sebagai bandingan kerana keterbatasan individu dari segi masa dan tenaga. Peranan perempuan sering diketepikan bukan sahaja dalam konteks sejarah, tetapi juga dalam teks. Dapatan menunjukkan perempuan Melayu telah lama mempunyai identiti dan individualiti dengan wacana dan wahananya sendiri dalam menentukan nasib diri dan juga bangsa. Walaupun salah satu ciri sastera Melayu lama tidak terkecuali daripada mitos, namun hal ini tidak akan mengurangi nilai-nilai sejarah yang terkandung di dalamnya. Kajian ini diharap dapat menjadi perintis kajian lanjutan dengan menggunakan kekayaan manuskrip lama yang lain.
Noraisah Yusop Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56100 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800 “IMEJ ANGGOTA BADAN DALAM PERIBAHASA MELAYU SARAWAK: SATU ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF” https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56102
Semantik inkuisitif merupakan satu bidang kajian yang mampu menganalisis dan menghuraikan makna sebenar ujaran. Imej anggota badan dalam peribahasa menunjukkan kelakuan dan asosiasi kepada kehidupan dan budaya masyarakat Melayu Sarawak yang dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Terdapat banyak kajian semantik inkuisitif mengenai peribahasa dan kiasan-kiasan Melayu, tetapi masih kurang kajian yang meneliti ketersiratan makna bagi imej anggota badan khususnya dalam peribahasa Melayu Sarawak. Imej anggota badan membawa makna seperti perlakuan dan hal-hal kehidupan dalam masyarakat Melayu Sarawak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji imej perlambangan anggota badan dalam peribahasa Melayu Sarawak dengan meneroka makna melalui pendekatan Semantik Inkuisitif. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif dengan menggunakan data korpus kosa kata dan peribahasa Melayu Sarawak yang ditulis Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2017) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan temu bual sebagai instrumen kajian. Data seterusnya dianalisis mengikut tiga tahap penganalisisan data, iaitu tahap semantik skrip, semantik resonans dan semantik inkuisitif bagi mencungkil akal budi. Pengkaji mendapati terdapat 29 peribahasa Melayu Sarawak yang menggunakan imej anggota badan. Peribahasa ini dikelaskan mengikut imej tangan, kaki, “ati” atau hati, mulut, kepala, mata, “burit”, otak, ubun-ubun, telinga, hidung dan rambut. Kajian ini akan memberi kefahaman mengenai makna sebenar penggunaan peribahasa Melayu Sarawak sebagai pedoman untuk semua dan memberi kajian ini penting untuk memperluas kajian tradisi lisan dari sudut linguistik.
Mohamad Shazani Dewek, Roslan Ali Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56102 Wed, 30 Oct 2024 00:00:00 +0800