Haji Yusof Rawa dan Penerbitan Majalah al-Islah (1970-1974)

Authors

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.6

Abstract

Artikel ini membincangkan penglibatan Haji Yusof Rawa dalam gerakan islah di Tanah Melayu. Perbincangan dalam artikel ini merangkumi biodata ringkas dan keterlibatan beliau dalam usaha-usaha islah melalui penulisan. Setelah itu, sejarah penerbitan majalah al-Islah juga dibincangkan dalam artikel ini disamping menjelaskan isi kandungan utama majalah yang sarat memuatkan idea-idea islah. Dapatlah disimpulkan bahawa Haji Yusof Rawa banyak menegur dan menyaran pembaharuan masyarakat Islam di Tanah Melayu melalui penerbitan majalah al-Islah. Ramai di kalangan membaca dan pendokong islah dalam dekad 70-an merasa gembira dengan kehadiran majalah al-Islah dan berharap penerbitannya dapat diteruskan namun oleh kerana kekanggan dan halangan tertentu majalah al-Islah terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 1974. 

Published

2018-12-31

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)