THE NATION OF RELIGIN IN THE FUSUS AL-HIKAM OF IBN 'ARABI

Authors

Abstract

Ibn 'Arabi memperkatakan tentang agama dari dua sudut pandang; 'agama Allah' dan 'agama manusia'. Sudut pandang yang pertama merujuk kepada agama yang diwahyukan oleh Allah SWT dan disampaikan oleh utusanNya, manakala sudut pandang yang kedua merujuk kepada perundangan dan pegangan yang dikembang dan diterimapakai oleh manusia dan tidak mempunyai sebarang usul dari Tuhan. Maksud kedua ini adalah sah dan patut dihormati menurut Ibn 'Arab selagimana ia selaras dengan hukum Allah dari segi objektifnya. Ibn 'Arabi mengenalpasti tiga makna 'agama' dalam bahasa Arab iaitu ketundukan atau ketaatan, balasan, dan pengulangan atau budaya. Ini dilihat benar untuk sisi luaran dan dalaman suatu agama. Seterusnya dari aspek dimensi luaran agama, manusia bertanggungjawab dan merupakan perantara bagi maksud ini di mana dia akan memastikan kewujudan dan keberterusan agama melalui ketundukannya, balasan, serta penzahiran hukum Tuhan yang disampaikan oleh para Nabi. Manakala pada aspek dimensi dalaman pula, ia merujuk kepada Tuhan kerana Dia yang memberikan agama kewujudan dan keberterusannya melalui penzahiran DhatNya dan juga melalui anugerahNya sesuai dengan keadaan dan kedudukan seseorang manusia. Ibn 'Arabi, ketika mengithbatkan peranan kehendak manusia dalam penzahiran Dhat Allah SWT, cuba menegaskan kebebasan pada manusia.

Downloads

Published

2010-06-01

How to Cite

THE NATION OF RELIGIN IN THE FUSUS AL-HIKAM OF IBN ’ARABI. (2010). Afkar: Jurnal Akidah Dan Pemikiran Islam, 11(1), 107-128. https://ojie.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/2290

Most read articles by the same author(s)