SELF DISCIPLINE IN THE ISLAMIC PSYCHO-SPIRITUAL TRADITION: PRELIMINARY OBSERVATIONS ON THE THEORY AND PRACTICE
Abstract
Makalah ini menganalisis konsep dan amalan disiplin diri dalam tradisi psiko-spiritual Islam. Dalam tradisi ini, amalan mendisiplinkan diri adalah bermatlamatkan mensucikan jiwa manusia dari segala kekotoran material demi meletakkannya pada landasan yang sepatutnya menuju Allah SWT yang merupakan matlamat akhir kewujudan manusia. Kajian ini mendedahkan bahawa pendisiplinan diri bagi tokoh-tokoh psiko-spiritual Islam, yang juga dikenali sebagai Sufi, terkandung dalam ibadat. Kajian ini juga meneliti jalan-jalan menuju ihsan merangkumi maqam-maqam taubat, ikhlas niat, takwa, wara' dan pensucian jiwa. la juga membincangkan tentang fungsi dan peranan Pembimbing Rohani dalam proses pendisiplinan diri.






