PRELIMENARY STUDY ON THE ACCOUNTS OF SOME OF THE MALAY-JAWI 'AQIDAH TEXTS AND COMMENTARIES
Abstract
Karya-karya dalam bidang 'aqidah sama ada ditulis dalam bahasa Arab ataupun dalam bahasa Melayu Jawi telah menyumbang kepada kepercayaan yang kukuh dan asas beragama yang betul kepada umat Islam di rantau ini. Karya terkenal yang mula beredar semasa kurun ke-17 bermula dengan al-'Aqa'id al-Nasafi kemudiannya diteruskan lagi dengan karya-karya syarahan Umm al-Barahin dan Jawharat al-Tawhid tidak dinafikan lagi telah membuka ruang yang besar dalam perkembangan tradisi pendidikan Melayu.






